RESEPI ASAS BUN MANIS

Bahan - Bahan :
500g tepung protin tinggi
70g gula kastor
5g garam
30g susu tepung
5g GR Superbake @ 7g bread improver & 7g bread softener
8g yis
70g marjerin @ shortening
1 biji telur ( jangan masukkan telur jika guna GR Superbake )
250gram air sejuk (peti ais)


Cara-Cara Dengan Menggunakan Breadmaker (sila rujuk teknik menguli):
Masukkan air, susu tepung, gula kastor & telur (bahan basah) ke dalam bread maker.
Gaulkan tepung, superbake @ improver & yis (bahan kering)
Masukkan bahan kering ke dalam bread maker.
Pilih menu no 8 (uli selama 2-3 minit).  
Kemudian masukkan shortening @ marjerin dan garam ke dalam bread maker.
Pilih menu no 8 (uli selama 30 minit)
Keluarkan doh yang siap diuli dan timbang doh seberat 50 gram setiap satu.
Uli bulat @ ikut citarasa anda dan rehatkan 45 minit (proofing).
Selepas itu masukkan kedalam oven dan bakar pada suhu 150 C selama 15-20 minit
Keluarkan dan sapu marjerin ketika panas.
Roti siap.

Leave a Reply